14 February 2014

DIABETES 《 WHAT & HOW》

Diabetes adalah suatu gejala yang timbul pada seseorang yang disebabkan adanya peningkatan kadar gula (glukosa) dalam darah secara terus menerus akibat kekurangan insulin. Hal ini diakibatkan oleh gangguan produksi insulin dari pankreas ataupun ketidakmampuan insulin untuk bekerja dengan maksimum. 


Insulin berfungsi untuk membawa gula dal darah masuk ke dalam hati, otot dsb. Jika insulin tidak berfungsi, terjafi pemecahan gula dari hati dan otot yang menyebabkan gula dalam darah meningkat. Tanda tanda penting diabetes adalah
1: polyuria (banyak kencing)
2: polydipsia (banyak minum)
3: polyphagia (banyak makan)- namun berat badan menurun.

Pesakit diabetes juga mengalami gangguan keseimbangan antara perjalan glukosa ke dalam sel, glukosa yang disimpan dalam hati dan glukosa yang dikeluarkan dari hati. Akibatnya, kadar glukosa dalam darah meningkat dan akan keluar melalui air kencing. Keadaan ini disebabkan pankreas tidak mampu menghasilkan insulin dan sel badan tidak memberi respons pada kerja insulin sebagai kunci untuk membuka pintu sel agar glukosa dapat masuk dalam sel badan.

Pankreas menghasilkan insulin dalam jumlah yang cukup. Tetapi kerana sebab tertentu insulin tidak efektif dalam menyalurkan glukosa dari darah ke dalam sel-sel tubuh. Keadaan ini dipanggil insulin resistance yang disebabkan beberapa faktor:
1: jumlah reseptor pada setiap sel lebih rendah
2: insulin tidak dapat melekat pada reseptor
3: insulin yang tidak sempurna
4: kemampuan pankreas menghasilkan insulin menurun.

Jenis diabetes : type I 
》penyakit autoimun. Tubuh kehilangan kemampuan untuk membentuk insulin kerana sistem kekebalan tubuh menghancurkan sel yang menghasilkan insulin. Apabila tiada insulin, glukosa dalam darah tidak dapat digunakan sebagai tenaga. Penghidap diabetes type  I perlu menerima suntikan insulin.

Jenis diabetes : type II 
》penyakit ini terjadi dikalangan orang berusia kerana kekurangan produksi insulin atau penggunaan insulin yang tidak efektif. Diabetes type II juga biasanya akan nenyerang wanita hamil dan disebut sebagai diabetes getational.

Simptom-simptom penyakit diabetes:
1- sering buang air kecil terutama di malam hari
2- beberapa bahagian tubuh rasa kebas
3- cepat rasa lapar dan haus
4- berat badan menurun walaupun nafsu makan bertambah
5- cepat rasa lelah dan mengantuk
6- mudah timbul bisul dan lambat sembuh
7- gatal-gatal pada bahagian kelamin
8- ghairah seks menurun
9- penglihatan kabur

Cara merawat Diabetes.  Setakat ini diabetes tidak dapat disembuhkan yang ada hanyalah pengubatan untuk mengelakkan ianya menjadi teruk. Apa yang penting adalah mengubah gaya hidup terutama dari segi pola pemakanan. Terdapat juga petua2 tradisional dalam merawat diabetes seperti meminum air rebusan kacang buncis. Selain itu mengambil supplement yang betul juga mampu merawat diabetes. Contohnya VIVIX SHAKLEE yang telah terbukti dapat merawat pesakit diabetes. 






Selain untuk kesihatan.. vivix juga bertindak sebagai anti penuaan.

JOM AMALKAN VIVIX UNTUK KESEJAHTERAAN  SEKELUARGA!

SMS/WHATSSAP/LINE: 0168137399
COD AREA KOTA KINABALU

No comments:

Share This