1. BUKU KEHAMILAN DARI PRAKONSEPSI SEHINGGA KELAHIRAN
Buku ini mengandungi panduan utama untuk fasa awal kehamilan, kelahiran, sehingga minggu-minggu terawal bersama bayi baru lahir. BabyCenter adalah sumber rujukan yang boleh dipercayai oleh lebih 16 juta ibu bapa di seluruh dunia.
- Buku panduan kehamilan oleh BabyCenter adalah paduan sahabat, ibu, doktor, bidan, dan doktor obstetrik, yang memaparkan gabungan kepakaran profesional antenatal dan tips praktikal daripada para ibu bapa yang pernah mengalami situasi sama.
- Kami bersama para ibu bapa dalam setiap langkah, minggu per minggu: dengan maklumat yang diperlukan, bila ia diperlukan, bagi membantu para ibu bapa membuat pilihan terbaik untuk mereka dan bayi.
- Apa yang selamat? Apa yang boleh saya makan? Mengapa saya begitu penat dan beremosi? Bagaimana saya akan tahu yang masa bagi melahirkan sudah tiba? Buku panduan kehamilan oleh BabyCenter ini ada jawapan bagi semua pertanyaan ini.
Buku Kehamilan dari Prakonsepsi sehingga Kelahiran ini mengandungi maklumat tambahan daripada BabyCenter Malaysia.
Kandungan
- Pendahuluan
- Pengenalan
- Bersedia untuk Hamil
- Kekal Sihat dan Selamat
- Diari Kehamilan
- Kelahiran dan Seterusnya
ISBN-13: 978-967-369-198-2
Tarikh Terbit: 2 May 2013
Jumlah Muka Surat : 328
Tarikh Terbit: 2 May 2013
Jumlah Muka Surat : 328
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
2. NOW YOU ARE A MOTHER
Buku ini memberikan gambaran sebenar tentang peranan seorang ibu dan menyentuh perkara asas dalam membesarkan bayi dan anak kecil. Ibu adalah peranan yg memberikan ganjaran besar dan sangat kompleks kerana setiap hari cabaran yg dilalui adalah berlainan.
Buku ini juga sangat berguna kepada semua bakal ibu. Tak kira la ibu muda atau yg dah mempunyai beberapa org anak. Malah para ayah juga boleh membaca buku ini bagi menambahkan pengetahuan dalam membantu ibu menjaga anak-anak. Sebab dalam buku ini ada diajar perkara yg perlu disediakan dalam menyambut kelahiran anak and what to expact.
"It is hoped that having read this book, readers will go beyond its parameters to learn all they can about how to care for their infants. In the teachings of Islam, the voices of experience provided by our own mothers and grandmothers, and the exchange of ideas and tips with other parents, new mothers can find guidelines to follow as they embark upon the journey of motherhood. The help and advice of doctors, public health nurses and other professionals may also be added to the mother's "support system."
Over and above all that, the Muslim mother can and must put her trust in Allah and seek His help and guidance.
3. ZURIAT BIOLOGI : REPRODUKSI REKAAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Buku ini hasil terjemahan beberapa kitab pengajian kuliah di Universiti al-Azhar, Mesir diadun dan diolah semula bagi mendapatkan kesepaduan dan mengimbangi kekurangan yang ada dengan menambah petikan akhbar dan majalah, fatwa ulama dan rujukan beberapa kitab sampingan.
Persoalan tentang penemuan teknologi reproduksi buatan bagi mendapatkan zuriat mula disentuh oleh sarjana Islam, Dr. Ahmad al-Hajji al-Kurdi pada awal tahun 70-an.
Proses reproduksi buatan yang dinamakan ‘bayi tabung uji’ ini mengajak kita untuk membincangkan dan memikirkan adakah usaha ini bertentangan dengan pernyataan Allah dalam al-Quran?
Adakah usaha para saintis perubatan yang berjaya mengetahui jantina janin yang masih berada di dalam rahim telah memberi cabaran terhadap keesaan ilmu Allah?
Harapan semoga penulisan ini dapat membantu umat Islam seluruhnya dalam memahami permasalahan berkaitan persoalan yang dibentang serta berpegang teguh terhadap syariat Allah sebagai pedoman hidup.
UNTUK MEMBELI HUBUNGI
TRINA
SMS/WHATSAPP : 016 8137399
FREE COD AREA KOTA KINABALU-PAPAR-TUARAN
No comments:
Post a Comment