13 May 2010

Semasa ibu mengandong.

Beberapa perkara yang perlu dilakukan semasa ibu mengandong:

1. Buatkan Solat Hajat selalu supaya mendapat anak yang cerdik, comel, sihat dan sebagainya.

2. Berjimaklah ikut Sunnah Rasulullah. (Sila baca buku berkaitan perkara ini)

3. Ketika mengandong 4b 10h, lakukan aktiviti rangsangan terhadap kandongan anda. Kenapakah kena menunggu sehingga 4b 10h... Ketika inilah, roh bayi akan ditiup ke dalam rahim ibunya.

4. Bacakan perkara dibawah:
- Surah AlFatihah
- ABC sehingga Z
- One Two sehingga Ten
- Satu Dua sehingga Sepuluh
- Alaf Ba Ta sehingga Ya

5. Lakukan atkiviti ini sekurang-kurangnya 5 x sehari iaitu selepas melakukan solat fardu.

6. Cara melakukannya. Usap dan gosokkan perut dan ucapkan... "Anak, Mari belajar ye nak". Buat aktiviti rangsangan ini sehinggalah ibu tadi bersalin.

7. Banyakkan membaca Al Quran.

8. Banyakkan mendengar bacaan Al Quran (MP3)

9. Banyakkan bersedekah:
- Masjid
- Orang kesusahan
- Beri makan pada kucing

10. Berdoa:
- Semoga mendapat anak yang soleh
- Semoga mendapat anak yang cerdik dan pintar
- Semoga mendapat anak yang sihat dan sempurna
- Semoga keluarga menjadi tersohor dan terunggul di rantau ini
- Semoga hari ini lebih baik dari semalam
- Semoga mendapat perkhabaran gembira

11. Waktu dan tempat yang sesuai untuk berdoa:
- Tengah Malam
- Hari Jumaat
- Beberapa minit sebelum waktu Maghrib
- Waktu hujan
- Waktu sakit
- Dalam sujud terakhir solat
- Selepas Majlis Ilmu
- Orang yang keluar di Jalan Allah
- Malam LailatulQadr
- Jabbal Rahmah
- Raudah

12. Jagalah solat 5 waktu.

13. Bersangka baik. jangan mencerca dan memandang hina pada seseorangan yang serba kekurangan.

14. Makanan. Makanlah rezeki yang halal. Jangan bawa balik rezeki haram walaupun 10 sen. Banyakkan makan ikan, sayuran, kekacang dan buah kurma.

Wallahualam

No comments:

Share This